Monday, October 11, 2010
Kaca lebih bersih
Masukkan beberapa titik cuka ke dalam air. Gunakan sebagai bahan pencuci untuk membersihkan kaca. Kaca akan lebih bersih dan bersinar
Hilangkan bau dan tanda hitam dibawah lengan
Ambil ubat gigi dan sapukan di bawah lengan setiap kali mandi. Dalam masa dua minggu, bau dan tanda hitam di bahagian tersebut akan hilang
Merawat bengkak bisul
Ambil kunyit sebesar ibu jari. Parut dan campurkan dengan sedikit minyak masak. Tampalkan pada bengkak akibat bisul.
Petua ini juga sesuai untuk mengubati luka. Amalkan sekerap mungkin
Petua ini juga sesuai untuk mengubati luka. Amalkan sekerap mungkin
Wednesday, October 6, 2010
Ubati kurap
Ambil sebuku lengkuas muda dan bersihkan sebelum ditumbuk halus. Campurkan dengan asam jawa dan gaul sehingga sebati. Sapu campuran tersebut pada kurap dan lakukan sekali sehari.
Kilatkan kuku
Ambil sebiji buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku.
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan berseri-seri
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan berseri-seri
Hilangkan bengkak payudara
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ambil 10-15 daun keledek. Tumbukkan daun tersebut hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di sekitar payudara dan insyaAllah, bengkak akan berkurangan
Kain batik tidak luntur
Agar kain batik tidak luntur warnanya, ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan ini masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Selepas itu cuci seperti biasa
Subscribe to:
Posts (Atom)