Monday, October 11, 2010
Hilangkan panau
Ambil sedikit daun kesum dan tumbuk hingga lumat. Sapukan pada badan atau kawasan yang ada panau. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan. InsyaAllah panau akan hilang.
Ubati bisa gigitan lipan
Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang.
Agar pusar bayi tidak tersembul
Bayi yang sudah tercabut pusatnya perlu dijaga supaya pusat bayi tidak tersembul. Ambil seulas bawang putih yang ditumbuk bersama 1 camca teh jintan putih dan sedikit abu dapur kayu arang. Bungkus semua bahan-bahan tadi di dalam kain dan ikar kemas. Salai di atas bara atau batu yang dipanaskan. Apabila telah suam-suam kuku, tekan perlahan-lahan di sekeliling pusat dan perut bayi. InsyaAllah bayi akan selesa.
Kurangkan batuk
Ambil sebiji limau nipis dan perah untuk dapatkan jusnya. Campurkan dengan sedikit kapur dan kacau hingga sebati. Sapukan pada tekak atau leher dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga batuk berkurangan.
Buang angin dalam badan
Ambil kunyit muda lebih kurang 1 1/2cm. Buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Jadikan sebagai ulam-ulaman dan makan 2x seminggu. InsyaAllah anda akan dapati badan anada lebih segar dan angin badan dapat dikeluarkan.
Cantikkan rambut dengan inai
Ambil 5-8 helai daun inai dan bersihkan terlebih dahulu. Tumbuk hingga lumat dan campurkan dengan sebiji kuning telur, air perahan limau nipis dan sedikit air. Kacau rata dan lumurkan ke atas kepala. Bungkus dengan tuala dan biarkan semalaman. Amalkan selalu, InsyaAllah rambut akan berkilat, tidak mudah putus dan gugur
Lebatkan bulu mata
Rendam 1 sudu besar teh di dalam air panas. Setelah dingin, usapkan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu dan bulu mata akan tumbuh lebat.
Kaca lebih bersih
Masukkan beberapa titik cuka ke dalam air. Gunakan sebagai bahan pencuci untuk membersihkan kaca. Kaca akan lebih bersih dan bersinar
Hilangkan bau dan tanda hitam dibawah lengan
Ambil ubat gigi dan sapukan di bawah lengan setiap kali mandi. Dalam masa dua minggu, bau dan tanda hitam di bahagian tersebut akan hilang
Merawat bengkak bisul
Ambil kunyit sebesar ibu jari. Parut dan campurkan dengan sedikit minyak masak. Tampalkan pada bengkak akibat bisul.
Petua ini juga sesuai untuk mengubati luka. Amalkan sekerap mungkin
Petua ini juga sesuai untuk mengubati luka. Amalkan sekerap mungkin
Wednesday, October 6, 2010
Ubati kurap
Ambil sebuku lengkuas muda dan bersihkan sebelum ditumbuk halus. Campurkan dengan asam jawa dan gaul sehingga sebati. Sapu campuran tersebut pada kurap dan lakukan sekali sehari.
Kilatkan kuku
Ambil sebiji buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku.
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan berseri-seri
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan berseri-seri
Hilangkan bengkak payudara
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ambil 10-15 daun keledek. Tumbukkan daun tersebut hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di sekitar payudara dan insyaAllah, bengkak akan berkurangan
Kain batik tidak luntur
Agar kain batik tidak luntur warnanya, ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan ini masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Selepas itu cuci seperti biasa
Penawar batuk dan lelah
Cuba petua ini dengan menggunakan bawang putih. Bakar 2 atau 3 ulas bawang putih tanpa dibuang kulit samapi kekuningan. Buang kulit dan amalkan memakan bawang putih untuk hilangkan batuk dan lelah
Luruskan rambut
Ambil biji betik dan tumbuk sehingga hancur. Sapu rata pada rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci. Lakukan 2 atau 3 kali sehari. InsyaAllah rambut anda akan lurus
Lebatkan rambut bayi
Ambil 2 atau 3 biji buah keras. Asah di belakang lesung batu. Sapukan pada rambut bayi dan amalkan 3x seminggu. InsyaAllah rambut bayi akan lebat dan hitam
Hilangkan sakit perut memulas
Ambil 1 sudu teh jintan manis dan campurkan dengan segelas air suam. Rendamkan selama 1/2 jam. Tapis jintan manis dan minum airnya
Segarkan tubuh
Penat seharian bertungkus lumus di pejabat. Cuba petua ini untuk tubuh lebih segar. Kisar beberapa daun pandan dan daun limau purut. Semasa mansi, campurkan ia bersama syampu badan dan sental ke seluruh badan. Insyaallah badan anda akan terasa lebih segar
Selamat mencuba
Selamat mencuba
Pulihkan kulit melecur
Hiris kentang dengan nipis dan tampal pada tempat yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas. Kulit baru akan tumbuh seperti sedia kala.
Hindari kutu di kepala
Ambil 5 ulas bawang putih dan tumbuk lumat. Campurkan dengan suku cawan minyak kelapa. Lumurkan pada rambut dan kulit kepala.Bungkus selama 3 jam dan kemudian cuci. Lakukan 2x seminggu.
Tumit kaki kasar
Untuk melicinkan tapak kaki anda, ambil sebuku halia dan gosok ke tumit kaki yang kasar. Lakukan 2x sehari pada waktu pagi dan malam.
Insyaallah anda akan lihat perubahannya
Insyaallah anda akan lihat perubahannya
Hilangkan pendarahan akibat buasir
Ambil pokok lada yang masih kecil dan rebus. Minum air rebusan disertai dengan selawat bagi menggantikan air minuman seharian
Agar rambut lebat dan panjang
Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai sehingga mendidi dan apabila sejuk, sapukan air serai secara merata pada rambut.
Ramas juga pada bahagian kulit kepala. Biarkan selama 2 jam dan kemudian basuh seperti biasa.
Amalkan
Ramas juga pada bahagian kulit kepala. Biarkan selama 2 jam dan kemudian basuh seperti biasa.
Amalkan
Buang kerak di kepala bayi
Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan 2 atau 3 ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan.
Setelah itu, sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.
Selamat mencuba
Setelah itu, sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.
Selamat mencuba
Barang tembaga kembali bersinar
Untuk jadikan barang-barang tembaga koleksi anada bersinar semula, cuba amalkan petua ini.
Ambil kulit nenas dan campurkan dengan pasir. Gosokkan pada barangan tembaga tersebut. selepas itu jirus dengan air bersih. Hasilnya ia lebih berkilat dan berkilau.
Ambil kulit nenas dan campurkan dengan pasir. Gosokkan pada barangan tembaga tersebut. selepas itu jirus dengan air bersih. Hasilnya ia lebih berkilat dan berkilau.
Jika terlekat / tercekik tulang
Masalah yang sering dialami jika makan ikan yang banyak tulang. Biasanya kanak-kanak selalu tercekik tapi orang tua seperti kita jugak tidak kurang selalu menghadapinya. Ini ada petuanya;
Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak 3x, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah
Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak 3x, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah
Pakaian terkena cat
Bagi sesiapa yang mengalami masalah pakaian terkena cat, anda boleh cuba petua ini.
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa. InsyaAllah kesan cat akan hilang
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian cuci dengan air sabun. Bilas seperti biasa. InsyaAllah kesan cat akan hilang
Hilangkan jeragat di tangan
Ambil teh uncang yang sudah digunakan dan lumurkan pada tangan yang berjeragat.
Amalkan setiap hari, insyaAllah anda pasti akan lihat perubahannya
Amalkan setiap hari, insyaAllah anda pasti akan lihat perubahannya
Kulit lebih licin
Ada cara tradisional yang boleh diamalkan untuk menjadikan kulit lebih licin.
Ambil secawan madu asli dan campurkan sedikit perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati. Letakkan madu ditempat yang dikehendaki seperti di bahagian kaki dan tampalkan kertas di atasnya
Ambil secawan madu asli dan campurkan sedikit perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati. Letakkan madu ditempat yang dikehendaki seperti di bahagian kaki dan tampalkan kertas di atasnya
Perut tidak masuk angin
Ada petua untuk mengelakkan daripada perut masuk angin.
Ambil jintan manis dan direbus bersama daun kubis @ lobak putih. Minum air rebusan ini setelah suam dan jika diamalkan selalu, insyaAllah perut anda tidak akan masuk angin
Ambil jintan manis dan direbus bersama daun kubis @ lobak putih. Minum air rebusan ini setelah suam dan jika diamalkan selalu, insyaAllah perut anda tidak akan masuk angin
Elak bekas simpan makanan berbau
Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang kurang enak.
Perkara ini boleh diatasi dengan merendamkan beberapa helai surat khabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama 2-3 jam.
InsyaAllah bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.
Selamat mencuba!

Tuesday, October 5, 2010
Merawat rambut gugur
Ada petua untuk merawat rambut gugur. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bertukar kepada warna kekuningan. Tumbuk buah keras sehingga hancur dan campurkan dengan sedikit minyak kelapa.
Gunakan campuran bahan ini setiap pagi sebelum mandi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2x seminggu, InsyaAllah lihat hasilnya.
Gunakan campuran bahan ini setiap pagi sebelum mandi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2x seminggu, InsyaAllah lihat hasilnya.
Kulit pisang sebagai losyen
Selain dimakan, pisang turut mempunyai kelebihan lain yang berguna kepada kita. Cuci kulit pisang masak dan potong menjadi kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisar sehingga sebati.
Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.
Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.
Legakan bengkak susu / payudara
Untuk yang mengalami masalah bengkak susu (khas utk ibu-ibu baru lepas melahirkan). Gunakan 2 sudu kapur makan (kapur sireh) yang dicampurkan dgn air perahan limau nipis dan kacau hingga sebati.
Sapukan diseluruh payudara, elakkan daripada terkena puting. InsyaAllah dalam beberapa hari, anda akan lihat perubahannya. Selamat mencuba!
Sapukan diseluruh payudara, elakkan daripada terkena puting. InsyaAllah dalam beberapa hari, anda akan lihat perubahannya. Selamat mencuba!
Rawatan selepas keguguran
Gunakan seketul kacang kelisa yang sederhana besar dan dikupas kulitnya serta dihiris nipis. kemudian rebus dan minum airnya setiap pagi dan malam sehingga sembuh.
Ianya bagi membersihkan darah kotor yang masih terkumpul di dalam badan
Ianya bagi membersihkan darah kotor yang masih terkumpul di dalam badan
Lembutkan kulit
Bagi penggemar jus buah-buahan jangan membazir hampas buah-buahan yang anda hasilkan dari membuat jus kerana dari hampas itu terkandung lagi nutrisi dan vitamin untuk melembutkan kulit dan mencerahkan kulit.
Contohnya hampas dari buah epal, daun saderi baik untuk dijadikan skrub badan dan muka. Caranya : campurkan bersama hampas buah-buahan tadi bersama dgn tepung beras sedikit dan perahan air limau kasturi. Gunakan sekerap mungkin dan lihatlah hasilnya yang menakjubkan. Selamat mencuba

Lembapkan wajah
Ramai yang inginkan wajah yang lembap dan ayu dipandang....ada petuanyer
Cuba gunakan madu lebah asli dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15minit kemudian bersihkan. InsyaAllah anda pasti akan terasa kelembapan pada wajah anda
Cuba gunakan madu lebah asli dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15minit kemudian bersihkan. InsyaAllah anda pasti akan terasa kelembapan pada wajah anda
Hilangkan jeragat
Bagi yang mengalami masalah jeragat..boleh cuba petua ini, caranya mudah sahaja cuba sapukan ubat gigi di muka seperti masker dan dibiarkan selama 5 minit.
Kemudian bilas dgn air bersih dan lap kering2. Selamat mencuba
Kemudian bilas dgn air bersih dan lap kering2. Selamat mencuba
Lawaskan kencing
Untuk sesiapa yg mengalami masalah kencing tak lawas...cuba ambil lobak putih, diparut dan perah airnya. Ambil beberapa ketul gula batu kemudian hancurkan dan campurkan ke dlm air lobak putih tadi. Embunkan semalaman.
Amalkan meminumnya setiap pagi diiringi dgn selawat 3x. Insyaallah...
Amalkan meminumnya setiap pagi diiringi dgn selawat 3x. Insyaallah...
Gigi putih bersinar
Untuk jadikan gigi putih bersinar, caranya ialah meletakkan garam ke atas ubat gigi ketika hendak memberus gigi. Amalkan 3x sehari. InsyaAllah...
Sunday, October 3, 2010
Salam..
Nk terlalu kagum dengan khazanah bumi dan selalu mengamalkan petua-petua dari tok nenek dolu-dolu. Kesan dari itu, Nk cuba untuk menghimpunkan sebanyak mungkin petua-petua di alam maya ini untuk kegunaan bersama. Harap usaha Nk dapat sokongan semua dan adalah dialu-alukan utk rakan-rakan maya yg lain utk berkongsi petua-petua yg lain.
Terima kasih,
nenek kebaya
Terima kasih,
nenek kebaya
Subscribe to:
Posts (Atom)